Aktiviti

OGOS YANG PENUH KENANGAN DAN MENGINSAFKAN !!
2 PROGRAM BESAR SURVIVOR CAMP 10 DAN RAMADHAN CAMP TELAH SELAMAT DIJALANKAN !!

survivor camp 10

AlhamdulilLah pada 17 Ogos hingga 21 Ogos 2008 Survivor Camp siri 10 telah selamat dijalankan. Bilangan peserta 93 orang dari seluruh Semenanjung Malaysia telah berjaya dimotivasikan kembali Rasa BerTuhan dan Rasa BerIbu Bapa.

Baca Lagi..
 

187 PESERTA SURVIVOR CAMP 9!!
Semakin DiYakini & Terbukti Berkesan!!

Tarikh 25-29 Mei 2008 adalah detik bersejarah bagi Survivor Camp siri ke-9. SC ini telah dihadiri oleh 187 peserta dari seluruh negara Malaysia termasuk Singapura. Bilangan 187 peserta ini adalah yang terbesar pernah dikendalikan SC. Betapa menunjukkan SC semakin diperlukan ibu bapa dan keluarga yang ingin melihat anak tersayang selamat dari menjadi mangsa kerakusan gejala sosial yang menggila dan mengganas saban waktu dan hari.

 

 

Kebelakangan ini saya saban hari menerima panggilan telefon meminta bantuan menyelamatkan anak-anak tersayang yang semakin pelik perangai mereka. Bulan Jun dan Julai ini saya kerap berhadapan dengan kes remaja perempuan hamil luar nikah dan remaja lelaki mencarut dan membinatangkan ibu ayah dengan bahasa yang kasar. Terbaru di Kajang, seorang remaja lelaki 15 tahun membahasakan ayahnya ‘fatherf%#ker’ dan ibunya ‘motherf%#ker’ selain menggelar babi dan sial. Gejala tak keruan ini semakin merimaskan keluarga Malaysia pada hari ini. Dan perlu kepada satu jalan penyelesaian konkrit daripada mereka yang pakar dan arif.
Read more...
 

Mereka Puas Hati Dan Nak Lagi!!

SMK Aminuddin Baki
  • Program Khemah Ibadah Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kuala Lumpur
  • 5-7 Julai 2008 (Jumaat-Ahad)
  • Kem Rimba Ria Suara Hutan, Sg. Congkak, Hulu Langat, Selangor
  • Konsultan Didik Diri Resources

Sekolah terkenal dan cukup dikenali iaitu SMK Aminuddin Baki dengan kerjasama konsultan DDR telah berjaya melaksanakan program Khemah Ibadah tanggal 5-7 Julai 2008 baru-baru ini. Program 3 hari 2 malam anjuran Panitia Pendidikan Agama Islam ini berjaya mencapai objektif Kembali Rasa BerTuhan dan Rasa BerIbu Bapa di kalangan 107 pelajar lelaki dan perempuan tingkatan 3 dan 5.

Para pelajar sekolah kluster ini semuanya merasa puas hati dengan motivasi yang disampaikan oleh Ustaz Ahmadi Haji Din. Para pelajar bijak ini juga berharap agar program ini dilaksanakan lagi pada masa hadapan. Mereka amat teruja dengan modul-modul kerohanian yang berjaya membangkitkan kesedaran diri yang selama ini lalai mengingati Allah.

Read more...