Foto Aktiviti

|
OGOS YANG PENUH KENANGAN DAN MENGINSAFKAN !!
AlhamdulilLah pada 17 Ogos hingga 21 Ogos 2008 Survivor Camp siri 10 telah selamat dijalankan. Bilangan peserta 93 orang dari seluruh Semenanjung Malaysia telah berjaya dimotivasikan kembali Rasa BerTuhan dan Rasa BerIbu Bapa. Survivor Camp berjaya mendapat bilangan 93 orang peserta ketika cuti persekolahan berlangsung di pertengahan bulan (belum gaji) dan ketika harga minyak sedang meninggi. Ini menggambarkan Survivor Camp adalah pilihan UTAMA & TEPAT ibu bapa untuk memulihkan anak tersayang walau bagaimana keadaan menghalang. Dan tidak semua konsultan mampu mendapat bilangan sebegini selain di Survivor Camp kerana konsultan DDR adalah yang terbaik, terkenal dan berpengalaman membasmi gejala sosial remaja. Seperti biasa seperti siri-siri Survivor Camp yang lepas, kesemua peserta telah berjaya ditaubatkan selama 5 hari 4 malam dan menyesal di atas kesemua perbuatan salah dan dosa yang telah dilakukan. Para ibu bapa amat berpuas hati apabila menerima kembali anak tersayang pada hari terakhir. Anak-anak yang tak pernah mencium mereka kembali mencium tangan, pipi dan dahi bonda dan ayahanda tercinta memohon maaf di atas kesilapan yang lalu. Begitulah hari terakhir Survivor Camp penuh dengan tangisan keinsafan. Pihak kami sehingga saat ini tak putus-putus menerima ucapan terima kasih daripada para peserta Survivor dan ibu bapa kerana anak tersayang telah pulih daripada penyakit sosial.
Ramadhan Camp turut dilaksanakan dalam bulan Ogos tanggal 29 Ogos hingga 1 September selama 4 hari 3 malam. Selain bertujuan mengisi anak tersayang dengan ilmu Ramadhan, kem ini juga menjadi pilihan ibu bapa mengalih aktiviti tidak sihat anak tersayang sempena cuti Merdeka. Alhamdulillah seramai 49 orang peserta dari seluruh Semenanjung Malaysia datang berkumpul untuk memotivasikan diri. Bagaimanapun pihak DDR terpaksa mengecilkan saiz ilmu Ramadhan kerana rata-rata ibu bapa mengharapkan pihak DDR dapat membantu anak tersayang kembali ke pangkal jalan. Nampaknya wajah Ustaz Ahmadi dan nama syarikatnya DDR telah terkenal di bidang membasmi gejala sosial sampaikan terpaksa tukar modul Ramadhan kepada modul pemulihan. Walaupun bilangan yang kecil tetapi kem ini tetap berjaya. Kesudahannya amat menginsafkan tak ubah seperti hari terakhir Survivor Camp. Majoriti ibu bapa bersyukur anak mereka telah sedar akan kesalahan diri dan berjanji akan berubah menjadi anak yang baik, soleh dan solehah. |


