Apa perasaan anda, bila suatu hari anak tersayang mula meninggikan suara dengan anda? Selama ini mereka kelihatan tenang tiba-tiba anda terkejut disergah oleh anak yang selama ini ditatang bagaikan minyak yang penuh. Lebih mengejutkan, anak bukan sahaja menyergah tetapi memaki hamun anda sebagai ibu dan ayah.
Kalau setakat menyebut, ‘Ah!, Malaslah!, Sibuk!, & Tak Senang!’ mungkin anda boleh bertahan walaupun anda cukup makan hati dengan bahasa biadap anak anda. Tetapi bayangkan pada suatu hari, perkataan lain pula dicerca kepada anda. Iaitu, ‘Hoi babi!, Hoi anjing!, Sial punya mak ayah! Haram Jadah betul ayah aku!’ atau yang paling teruk ibu diherdik dengan perkataan paling hina, ‘Pu#* Mak!’. Anda pasti terduduk atau tak senang duduk bila dibahasakan dengan ayat yang paling tak munasabah dalam dunia ini. Sebelum ayat-ayat iblis ini keluar daripada mulut anak tersayang buatlah sesuatu yang berfaedah untuk mereka.
Perenggan di atas bukanlah perenggan rekaan tetapi perenggan sebenar dunia moden remaja hari ini. Remaja moden hari ini amat cepat melupakan asal usul diri mereka. Mereka sanggup melupakan cinta, jasa, budi dan kasih sayang ibu ayah yang membesarkan mereka berbelas tahun dengan pengorbanan masa, tenaga, wang ringgit, peluh dan keringat serta darah ibu semasa melahirkan mereka. Semua ini dilupakan bila bertemu kawan-kawan yang kenal tak sampai sebulan atau setahun. Kawan-kawan dimuliakan setinggi langit melebihi ibu dan ayah.
Kemudian berlakulah kekacauan dan ribut petir di dalam keluarga yang sebelum ini aman tenteram. Anak-anak mula terjebak dengan kegiatan negatif. Tak solat, tak puasa, dadah, hidu gam, syabu, pil khayal, ponteng sekolah, melepak, merempit, balik lewat malam, mencuri, meragut, pakaian seksi, warna rambut, merogol, cabul, buli, merokok, bohsia, bohjan, black metal, punk, skin head, gothic, emo, lari dari rumah, vcd lucah, coupling, clubbing, minum arak, seks bebas, hamil anak luar nikah, gugurkan anak, berjudi, dan macam-macam lagi gejala negatif yang boleh meribut kepada anak tersayang.
Pertubuhan Kebajikan Sahabat Insan Dan Iman Malaysia atau SIDIM merupakan sebuah NGO Islam yang mengendalikan pusat pemulihan akhlak dan aqidah remaja lelaki di Bukit Beruntung Selangor membawa berita sedih buat anda. Ustaz Ahmadi selaku Timbalan Pengerusi SIDIM saban hari terkejut kerana hampir setiap hari ada ibu ayah yang merayu untuk menempatkan anak mereka di SIDIM. Dan syarat untuk masuk ke pusat SIDIM ialah terlibat dengan kebanyakan gejala sosial perenggan dia atas. Dan malangnya banyak yang terlibat sehinggakan pusat SIDIM tidak mampu menampung lagi permintaan walaupun mempunyai 3 banglo yang besar. Anda bayangkan mala petaka dahsyat yang melanda remaja Melayu Islam kita pada hari ini.
Tanya diri kita, bagaimanakah keadaan keturunan umat Islam dan bangsa Melayu kita 50 tahun atau 100 tahun akan datang dalam keadaan jatidiri mereka pada hari ini seperti ‘keropok’ sahaja.
Maka, Survivor Camp berusaha untuk menyelamatkan anak tersayang anda, anak orang Melayu dan anak orang Islam dari terus hilang dalam sejarah keluarga, sejarah bangsa dan sejarah agama.
Beri peluang anak tersayang berubah di Survivor Camp kerana kami ada cara mengubah mereka. Sebelum nasi menjadi bubur dan sebelum anak menconteng arang di muka anda sebagai ibu dan ayah, BUATLAH KEPUTUSAN BIJAK.
KEPUTUSAN DI TANGAN ANDA !
|