Buku pertama karangan Ahmadi Haji Baharudin. Amat bermanfaat, penuh maklumat dan fakta, dan kaya dengan pengalaman yang memberikan tips mengendalikan permasalahan remaja. Anda perlu baca buku ini! Dapatkan segera di kedai-kedai buku berhampiran!
Penulis : Ahmadi Haji Baharudin Terbitan : PTS Millennia Sdn Bhd Harga : RM23.00 Semenanjung Malaysia RM26.00 Sabah & Sarawak Muka surat : 274 ms.
Antara kelebihan yang bakal saudara dapati di dalam buku ini :
- Jawapan kepada persoalan, mengapakah masalah sosial ini boleh terjadi? Apakah puncanya? - Panduan dan teknik mempersiapkan diri sendiri, ahli keluarga dan masyarakat bagi menghadapi cabaran sosial yang hebat kini. - Langkah-langkah berkesan bagimencegah segala penyakit sosial yang sedang menular di sekeliling kita hari ini.
Dari Penerbit, PTS Millennia Sdn Bhd ;
“Penulisnya, Ahmadi Haji Baharudin berpengalaman luas dalam bidang kajian masalah sosial sejak tahun 1997. penulisannya khusus berkenaan masalah sosial kerap mendapat tempat di dada majalah nombor satu negara iaitu MASTIKA. Kemampuan beliau mengupas setiap isu dengan terperinci serta penyelesaian yang kritis dan berani menjadikannya sebagi individu yang paling layak bagimengupas topik ini. Milikilah segera buku ini, saudara pasti tidak menyesal.”  Testimoni Buku oleh, Zulkarnain Zakaria, Pengarang MASTIKA ;
“Buku ini menyerlahkan prinsip hidup Ahmadi yang tidak bertolak ansur terhadap gejala-gejala negatif. Walaupun ada di antara kandungan buku ini yang kurang kita setuju, tetapi itulah Ahmadi, beliau berani dan konstruktif. Tahniah. Mastika mendapat banyak inspirasi daripada kegigihannya.”
 Kata Pengantar Buku oleh, Tan Sri Datin Seri Paduka Hajah Siti Zaleha binti Ismail, Pengerusi LPPKN, Kementerian Pembangunan Wanita & Keluarga ;
“Ternyata penulis membuat kajian meluas dan mendalam sebelum menulis buku ini. Buku ini boleh membuka minda hati sanubari serta pemikiran pembacanya.”
“Segala sebab, punca penyakit sosial dikupas dengan halus dan teliti. Gambaran perlakuan penyakit sosial dipapar dengan jelas, terang serta lengkap dengan contoh-contoh. Tidak dapat dinafikan kata-kata penulis bahawa penyakit sosial meruntuhkan masyarakat Islam. Punca dan sebab penyakit sosial. Hasil dari agenda dan tindakan sulit yahudi dan barat dikupas dengan jitu. Faktor umat Islam lemah dan terpengaruh ternyata benar, ditambah pula dengan kejahilan sebilangan besar umat islam dalam Ilmu Islam.”
“Penulis seterusnya menyatakan kegagalan ibu bapa mendidik anak kerana beberapa kelemahan pada ibu bapa sendiri. Mereka tidak memberi masa berkualiti kepada anak-anak serta lemah dalam ilmu dan kemahiran keibubapaan. Ibu bapa tidak menjadi contoh yang baik juga berkomunikasi tidak efektif sambil tidak bijak mengimbangi kerja dengan keluarga. Persekitaran yang penuh maksiat, penyakit sosial dan kejahilan dianggap penulis persekitaran ‘sampah’ masyarakat yang hidup dalam samaph tentulah tidak bersih dan berbahaya kebudayaannya. Justeru tanggungjawab mencegah kemungkaran Amar Ma’aruf Nahi Mungkar adalah kewajipan ibu bapa, keluarga, masyarakat, pemimpin, alim ulama serta pihak berkuasa. Penulis memberi tip menghindari penyakit sosial dan peranan semua pihak ke arah pembersihan penyakit sosial.”
“Kualiti buku ini terjamin kerana penulis membuat rujukan kepada Quran, hadis nabi, kata-kata hikmah para ulama dan penulisan penulis-penulis termasyhur.” |