“Terima kasih ustaz. Saya rindukan ustaz. Doakan saya ustaz. Saya berjanji nak berubah ustaz. Saya tak nak expired. Saya sayangkan ustaz macam ayah saya.” – Nifael, Survivor Camp 7.
“Askm ustaz. Saya Muammar Farhan. Terima kasih sebab ustaz telah mengubah saya.” – Muammar Farhan, Survivor Camp 8.
“Assalamualaikum. Di sini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Ahmadi, tenaga pengajar, ajk dan semua yang terlibat dalam kem motivasi survivor 5. Semoga ilmu yang dicurahkan kepada anak akan mendapat rahmat daripada Allah swt. Hanya Allah swt sahaja yang dapat membalas budi baik tuan-tuan sekalian.” – Bonda peserta Survivor Camp 5.
“AlhamdulilLah. Syukur anak saya Nur Nadiah Abd Ghani ada perubahan positif daripada kem minggu lepas. Terima kasih atas usaha semua. Doa agar kejayaan berterusan.” – Ayahanda peserta Survivor Camp 8.
“Salam alaik. Ustaz, syukran jazilan atas nasihat dan bimbingan di Survivor Camp 8. Saya dah dapat solat pada awal waktu dan sentiasa ingat pada kematian. Syukran jazilan.” – Penghuluwati Survivor Camp 8.
“Terima kasih kerana mak ayah hantar Hidayah ke survivor camp. Hidayah dapat banyak pengajaran yang Hidayah tak tahu. Dan ada yang tak tahu langsung. Terima kasih Ustaz Ahmadi kerana mengajar saya fasal ibu bapa dan tuhan. Banyak pengajaran yang Hidayah dapat, terima kasih banyak Ustaz Ahmadi. Saya akan sentiasa mengingati ustaz.” – Nur Hidayah, Survivor Camp 8.
“Sebenarnya selepas minum air doa yang ustaz bawa tu, perlahan-lahan mereka berubah dan menjadi anak yang mendengar kata. Dengan izin Allah anak gadis makcik jadi bertolak ansur, AlhamdulilLah. Tapi ustaz yang berusaha ke arah untuk mereka berubah.” – Bonda kepada anak yang dikaunseling.
“Sejak saya mengikuti kursus ini, saya dapat mempelajari segala hal ehwal Islam seperti azab di alam barzakh dan rahsia mati. Saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ustaz Ahmadi dan guru-guru kerana BERJAYA melembutkan hati saya ini. Saya berharap Ustaz Ahmadi dan guru-guru mendoakan kejayaan saya di dunia dan di Akhirat.” – Azrul Syawal bin Mohd Setia.
“Setelah tamat program ini, saya amat teringin pulang untuk bersalam dan mencium kedua-dua belah pipi ibu. Saya berasa AMAT BERDOSA apabila mendengar ceramah-ceramah Ustaz Ahmadi. Sejak akhir tahun lepas, saya menjadi semakin sering meninggalkan solat fardhu, saya menjadi amat takut apabila Ustaz Ahmadi memberikan ceramah tentang mati semalam.” – Raja Haziq bin Raja Tahrin.
“Saya akan cuba mengubah diri saya. Saya ingin memeluk dan mencium ibu bapa saya. Dan saya akan menunaikan solat fardhu 5 waktu. Saya berjanji kepada diri sendiri bahawa saya akan menjadi anak yang sentiasa ingatkan ibu bapa dan ingin menjadi anak yang soleh. SAYA DAH TAK TAHU NAK KATA APA-APA LAGI. Saya ucapkan terima kasih kepada Ustaz Ahmadi. Kerana Ustaz Ahmadi, pada hari ini saya merasa menyesal.” – Mohd Amirul Asraf bin Abd Rahman.
“Saya Mohd Zulfahmy bin Mohd Rosli akan melakukan apa yang diajar di sini (Didik Diri Resources). Saya akan melakukan apa yang betul disisi Allah SWT, ibu bapa dan guru-guru. Saya tidak sanggup melihat ibu bapa saya TERSIKSA di Akhirat sana gara-gara perbuatan saya. Walaupun saya bukan pelajar harapan tetapi saya ingin menjadi pelajar yang baik, mulia dan taat disisi Allah SWT, ibu bapa dan guru-guru. Biarlah masyarakat memandang serong terhadap saya TETAPI jangan disisi Tuhan dan disisi ibu bapa.” – Mohd Zulfahmy bin Mohd Rosli.
“Selepas saya tamat program ini, saya nak sangat CIUM kaki mak saya dan meminta maaf di atas kesalahan yang saya pernah lakukan selama ini. Saya tak pernah ikut cakap apa yang mak suruh. Saya abaikan tanggungjawab saya sebagai seorang anak. MAK, kakak akan jaga mak sampai mak pejamkan mata.” – Sazlin Nor Liza bt Mustofa.
“Balik sahaja dari kem ini, saya mahu memeluk ibu dan ayah saya. Saya ingin memohon keampunan dan kemaafan kerana telah biadap terhadap mereka berdua. BARU hari ini saya sedar betapa berharganya dan bernilainya ibu bapa saya kepada saya. Selama ini saya tidak pernah menghargai mereka berdua. Saya alpa. Saya tidak dapat membayangkan sekiranya saya kehilangan ibu bapa saya. Saya juga baru sedar yang saya sudah banyak membuat dosa kepada mereka. DAN hari ini, saya mahu memohon kemaafan sebelum terlambat.” – Nor Zariya bt Tamliha.
“Semasa dalam program ini, saya BERSYUKUR sangat-sangat dilahirkan normal & yang paling penting, lahir kat dunia ini, saya beragama Islam. AlhamdulilLah…bila ditayangkan slide tentang kebesaran Allah, memang saya akui Allah itu Maha Besar…kalau bumi kita nie luas, bagaimana pula Allah, bukan? Mesti Tuhan tu lebih besar daripada alam semesta ini. Inilah bumi yang kita tinggal. Bersyukur sangat-sangat. Then, bila kuliah rahsia mati agaknya ke Syurga ke saya nanti?? Ya Allah, maafkan aku. Ampunkan dosaku. Aku banyak berdosa padaMu. SELAMATKAN HIDUPKU. Janganlah aku terjebak dengan perkara yang tidak elok. Atau perkara yang boleh menjatuhkan maruah diri & family. Ya Allah, bila tiba ajalku, senangkanlah malaikat mencabut nyawaku. Aku bertaubat ya Allah. Lembutkanlah hatiku dengan mengikut perintahMu.” – Yasmin bt Ismail.
“AlhamdulilLah, selepas dari kem ini saya ingin bertaubat. Kem ini dapat menginsafkan diri saya yang banyak melakukan dosa ini. TERIMA KASIH Ustaz Ahmadi, kerana banyak memberi kesedaran kepada saya dan rakan-rakan yang lain.” – Ku Hayatun Syamila bt Ku Abd Halim.
“Pertama sekali yang akan saya buat selepas pulang dari kem ini saya nak peluk kedua-dua ibu bapa saya. Saya nak peluk mereka SEKUAT-KUATNYA dan ingin memohon maaf kepada kedua ibu bapa saya sebab kadang-kadang saya suka melawan cakap mereka.” – Nur Azura bt Abd Ghani.
“Selepas balik dari kem ini, saya mahu menumpukan pelajaran saya. Tidak mahu menyusahkan ibu saya lagi. Kem ini dapat menyedarkan saya tentang MATI, serta dapat memotivasikan diri saya supaya sentiasa ingat MATI.” – Wan Aina Athirah bt Wan Mahadzir. |