Info DidikDiriResources

 

Didik Diri Resources @ DDR adalah sebuah premis Latihan & Perunding yang komited dengan operasi menangani permasalahan sosial remaja. 90% kuasa kerja dan motivasi DDR terarah kepada pemulihan dan pembangunan diri remaja. Khususnya remaja Melayu Islam.

DDR digerakkan oleh motivator yang berpengalaman dan pakar dalam isu-isu berkaitan gejala sosial remaja. Seni mencuit rasa bertuhan dan rasa beribu bapa motivator DDR menjadi medan permintaan yang tinggi dikalangan ibu bapa untuk kesedaran maksimum anak tersayang. Daya penarik ini menjadi nilai tambah terbaik kepada motivator DDR yang jarang ada kepada motivator lain. Tidak terbatas setakat itu, motivator DDR juga menjawat tugas Timbalan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Sahabat Insan Dan Iman Malaysia, SIDIM. Justeru, DDR mendapat kepercayaan yang tinggi daripada para ibu bapa untuk menjernihkan semula hati anak tersayang yang semakin tohor dan keroh.

3 September 2004 adalah tarikh kelahiran DDR dan kini berusia hampir 4 tahun (2008) dan telah puluhan program remaja telah dikendalikan bersama organisasi kerajaan dan swasta. Program ‘Survivor Camp’, SC adalah program teras DDR yang cukup popular di seluruh Malaysia dan Singapura. Sarat dengan ilmu dan airmata menjadikan SC pilihan terbaik ibu bapa yang mengimpikan anak yang bebas daripada penyakit sosial sebaliknya mencipta kejayaan yang terbilang di dalam sejarah kehidupan.

Konsep bermalam (residentially) adalah terbaik untuk DDR mengoperasikan motivasi. SC adalah kem terbesar yang dijalankan minimum 4 kali setahun dengan sekitar peserta 100-150 orang. Motivasi lain adalah kerjasama dengan pihak sekolah dengan pilihan tempat dan masa yang dibincangkan bersama. Selain kem, DDR juga beroperasi melalui ceramah pendek, seminar, dan dialog dengan kendalian sendiri atau sebagai jemputan.